Rabu, 3 Oktober 2012

Pengalaman Mengandungkan Cahaya Mataku Nur Batrisyia

Assalamualaikum dan selamat petang...

Pada entry kali ini saya nak menceritakan pengalaman mengandungkan puteri kesayangan saya iaitu Nur Batrisyia binti Ahmad Faisal yang bermaksud Cahaya Kepintaran... "Ya Allah semoga engkau menjadikan anak ku anak yang solih kepada agama, kedua ibu bapa dan bangsa serta mempunyai kepintaran dan kebijaksanaan dalam ilmu agama dunia dan akhirat." Amin...

Pada awal kehamilan saya dan suami amat gembira kerana tidak lama lagi rumah tangga kami akan dihiasi dengan cahaya mata... Awal-awal kehamilan saya mengalami tanda-tanda seperti loya, tidak sedap badan dan pening-pening lalat... Hehehehe... Ialan kan bila hamil ni kita rasa apa yang kita buat semua tak kena... Begitu jugak la saya alami selama lebih kurang 4 bulan kehamilan... Paling saya tak tahan apabila rasa loya yang amat tapi muntah takde... Bila bercakap banyak sikit rasa macam nak muntah... Hanya Tuhan saja yang tahu keadaan yang saya alami... Masa ni selera makan memang tak berapa nak ada... Selepas kandungan berusia 4 bulan lebih keadaan tu semakin beransur hilang... Alhamdulillah syukur... Tapi masa ni selera makan makin bertambah... Hehehe... Kalau makan mesti nak dua... Sebagai contoh roti canai saya akan makan 2 keping, nasi lemak 2 bungkus dan lain-lain... Masa ni da tak ingat tentang berat badan yang semakin bertambah... Sehingga la usia kandungan mencecah 9 bulan... Ikutkan due pada 14 Januari 2010 tetapi sehingga la ke hari yang kesepuluh masih belum ada tanda-tanda hendak bersalin... Sampai orang lain pulak risau sebab tak bersalin-salin lagi... Saya pun risau jugak sebab ni adalah pengalaman yang pertama mengandung... Sehingga pada satu peringkat doktor suruh saya refer ke Hospital Putrajaya pada 23 Januari 2010... Maknanya saya kena serah diri ;)

Pada 23 Januari 2010 pagi-pagi lagi saya dan suami dah bersiap-siap untuk ke Hospital Putrajaya... Pada pagi itu saya dan suami pergi ke kedai mamak untuk bersarapan... Selepas itu saya pergi ke Hospital Putrajaya untuk mendaftar masuk... Semasa berada di Hospital Putrajaya saya perlu memantau denyutan jantung bayi di dalam kandungan serta perlu diseluk oleh doktor untuk mengetahui samada jalan sudah terbuka atau belum... Bila diingatkan semula rasa ngilu sangat sebab sakit yang amat bila doktor seluk... Pada ketika itu perasaan bercampur baur... Pada sebelah petang emak, makcik limah dan adik-adik datang melawat... Suami saya datang bawa makanan yang saya pesan... Hehehe...

Doktor panggil lagi bagi mengetahui samada ada tanda-tanda nak bersalin atau tidak... Saya cakap saya tak rasa sakit pun lagi... Doktor pun buat perkara yang sama dan memberitahu bahawa 2cm telah terbuka... Doktor kata kalau tak bersalin malam ni maybe esok akan bersalin...

Pada pukul 3.00 pagi saya terasa seperti hendak membuang air kecil tapi disebabkan saya malas nak bangun saya tahan je sehingga la saya betul-betul tak tahan n saya pun bangun masa tu pukul dalam 3.30 pagi... Saya bangun dari tido dan tiba-tiba saya rasa kain saya basah kuyup air sebanyak-banyaknya keluar... Apalagi saya pun tekan suis loceng untuk panggil nurse... Nurse pun datang n tanya Kenapa puan... Saya pun cakap nurse air keluar banyak...Nurse pun panggil doktor... Doktor kata air saya keruh skit... Takut baby dah berak... Doktor check dah buka 4cm... Saya pun kena prepare untuk pergi ke labour room... Nurse suruh call husband... Saya call husband saya bagitahu saya dah nak bersalin... Dalam hati saya bercampur palbagai rasa (gembira, takut, berdebar dan macam-macam lagi)... Tak sabar nak tengok wajah puteri pertama saya lahir ke dunia... Dalam hati saya memanjatkan doa supaya semuanya berjalan lancar...

Di labour room saya dah rasa sakit setiap lima minit masa tu dalam pukul 4.30 pagi... Hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa sakitnya sehingga air mata saya sekali bergenang untuk menahan sakit... Husband menemani saya di labour room sambil memberi sokongan... Saya sakit dalam 5 jam... Lepas tu saya cakap kat doktor saya dah tak tahan sakit dan bersedia untuk bersalin... Doktor pun check dah buka 8cm... Doktor kata dah boleh teran... Semasa proses nak bersalin tu hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa sakit dan sakit ;( sangat-sangat... Dalam pukul 9.30pagi saya selamat melahirkan seorang baby girl yang tomeii berat 3.52 kg secara vakum... ;)Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kerana semuanya selamat...

Setelah melihat wajah baby semua rasa sakit hilang ;)...

***Inilah wajah baby girl saya selepas beberapa jam dilahirkan...










Majlis Perkahwinanku Pada 4.4.2009

Assalamualaikum dan selamat petang...

Pada entry kali ni saya nak update cerita mengenai Majlis Perkahwinan saya yang berlangsung pada 4 April 2009 di Gombak, Kuala Lumpur... Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi majlis berlansung dengan lancar walaupun hujan turun lebat membasahi bumi pada tengahari majlis berlangsung...

Tema warna dan reka bentuk pelamin adalah 'gold' pilihan daripada emak tersayang... Saya sebagai anak sedaya upaya mengikut impian dan kehendak emak dan ayah tersayang...

Ini adalah di antara gambar-gambar kenangan yang sempat diambil semasa majlis berlangsung...


























































Majlis Pertunangan Pada 15 Jun 2008

Assalamualaikum dan selamat petang...

Saya nak cite skit tentang Majlis Pertunangan saya ada suka dan duka... Kalau nak diikutkan banyak dugaan jugak untuk saya melangkah ke fasa pertunangan ni tapi tu semua cite lama... Lupakan saje ;) Ok nanti saya akan update dengan cite yang lain ye... Sekarang ni saya just update kan gambar-gambar di Majlis Pertunangan saya yang temanya warna feberet i PiNk ;) stay tune...



























Majlis Merisik Pada Bulan Mei 2008

Assalamualaikum dan selamat petang...

Pada entry kali ni saya nak bercerita mengenai sejarah lama... Hehehe... lama la sangat kan... Anyway saya nak mulakan dengan Majlis Merisik dahulu diikuti dengan Majlis Pertunangan dan seterusnya Majlis Perkahwinan...

Selamat Hari Lahir Mak (Luv u so much)

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Semalam hari jadi mak saya yang tersayang pada 3 Oktober 2012... Alhamdulillah mak saya masih lagi sihat... Semoga dengan bertambahnya usia mak pada tahun ini akan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT... Amin...Insyaallah, saya plan nak buat kek untuk mak dan menyambut bersama family pada weekend ni... Apa ye hadiah nak bagi mak pada tahun ni? Akan difikirkan ;)

Ucapan untuk mak yang tersayang...
Along doakan mak semoga dipangjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki serta mendapat rahmat daripadaNYA... Sayang mak sangat2, peluk cium untuk mak ketat2 ;)Ini adalah gambar mak bersama ayah tersayang dunia dan akhirat...

Tambah kapsyen




Selamat Berblog

Assalamualaikum....

Pertama sekali syukur Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak saya siapkan blog ini impian82.blogspot.com untuk dikongsi bersama rakan-rakan blog yang lain...
Untuk permulaan saya ingin memulakan dengan kisah diri saya dulu... Boleh ke? Hehehe...
Ye la kan nanti rakan-rakan baru di blog boleh la tahu serba sedikit tentang diri saya yang serba sederhana ini... Semoga saya dapat diterima oleh rakan-rakan blogger yang lain... ;)