Rabu, 17 Oktober 2012

Tips Menghias Rumah

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Hari ini saya nak berkongsi cerita mengenai tip untuk menghias rumah... Al-maklum la kan kita ni kaum wanita semua perkara nak cantik dari segi pakaian, penampilan dan juga rumah... Kan 'Rumah ku Syurgaku' ;) Oleh itu saya ingin berkongsi la serba sedikit cara bagaimana untuk memastikan ruang rumah yang terhad juga boleh dihias cantik dan kemas mengikut warna tema pilihan hati...

8 Rahsia Hias Rumah 

1. Balance and harmony
Untuk dekorasi rumah anda, pentingkan keseimbangan dan keharmonian. Perabot, kemasan, dan aksesori harus seiring dengan skema dekorasi anda. Tetapi tidak bermaksud ia perlu serupa. Terlalu banyak yang serupa, hilanglah kreativiti anda.

2. Dekor rumah bukan bilik
Kerana keluasan terhad, hias rumah anda, bukan hanya bilik. Daripada pening memikirkan konsep hiasan bagi setiap bilik atau ruang, anda hanya perlu menghias keseluruhan dalaman rumah dengan tema, stail atau warna yang digemari untuk mendapatkan flow dekorasi anda. Cuba pilih warna dinding yang terang (bright and bold) untuk satu bilik. Psikologi warna dalam hiasan dalaman. Gunakan warna yang sama pada bedding set dalam bilik yang satu lagi. Kemudian hias ruang tamu dengan bantal kecil pada sofa atau hamparan (masih warna yang sama).

3. Kualiti dan jenama
Anda tidak perlukan setiap sudut dihiasi dengan perabot dan aksesori oleh pereka terkenal. Harga dan jenama tidak begitu penting. Cuma elakkan daripada menempatkan benda yang murah bersama yang mahal. Ia hanya menampakkan lagi 'murahnya' barang tersebut.

4. Kurang lebih baik
Semakin anda kurangkannya, semakin lebih anda akan dapat. Apa maksudnya?. Pemilihan dan aturan perabot dan aksesori hiasan yang kelihatan kemas, simple, tidak kira berapa kosnya, akan nampak lebih bergaya dan mahal. Kerana ia berkait rapat dengan ciri hiasan dalaman moden yang elegan.

5. Mix and Match
Ruang tamu anda yang dipenuhi dengan produk IKEA hanya akan kelihatan 'keterlaluan'. Adun dan padankan apa jua yang ada. Begitulah pakar hiasan dalaman melakukannya agar dekorasinya tampil lebih berkesan.

6. Kurangkan ukuran untuk lebih luas
Sesuaikan ukuran perabot dengan bilik. Jika bilik anda kecil, anda perlukan perabot bersaiz kecil juga. Apa yang anda boleh lakukan ialah menggantung lukisan atau artwork bersaiz besar untuk mencipta ilusi sebuah bilik yang luas. Namun anda tidak boleh gunakan trik yang sama ketika memilih perabot. Tip menjadikan ruang rumah kelihatan lebih besar.

7. Masa adalah segalanya
Sebaik sahaja melangkah ke kediaman baru anda, anda terus berfikir untuk membeli perabot dan aksesori bagi memenuhi ruang yang ada. Sabar...kemungkinan pencarian kali pertama anda akan gagal menemui apa yang diinginkan. Yang mana akhirnya, anda memilih sesuatu yang kurang sesuai untuk rumah anda. Atau anda terpaksa berbelanja lebih pada hari tersebut. Ambil masa sehingga anda jumpa yang benar-benar sesuai dengan citarasa dan kediaman anda.

8. Too funky is junky
Tidak salah dengan ciri funky. Warna yang striking, bentuk unik, selalu menarik pandangan. Ia akan jadi lambang citarasa anda dan mempunyai mesej yang tersendiri. Tetapi jangan over. Tonjolkan secara minima. Jika banyak sangat, jadi serabut atau semak. Contohnya, anda hanya perlu tempatkan salah satu koleksi pasu anda di ruang tamu. Bukan ke lebih unik?

Gambar-gambar hiasan dalaman yang saya suka...












Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman

Sejak kebelakangan ini hobi dan minat saya lebih tertumpu kepada nak menghias dan mengemas rumah... Sekarang pun kalau saya pergi shopping mesti nak pergi ke zone barang-barang rumah dan kedai-kedai yang menjual aksesori rumah seperti Kaison, KK dan lain-lain... Rasanya kalau duduk lama-lama dalam kedai tu pun takpe sangat best ok... Kali ni saya juga nak berkongsi mengenai tema warna yang ingin dijadikan tema rumah...

Interior design colors

Warna adalah komponen penting dalam dunia hiasan dalaman. Bila memilih warna untuk rumah anda, secara semulajadinya, anda akan tertarik dan menyukai warna tertentu disebabkan bagaimana warna tersebut memberi kesan terhadap perasaan anda. Warna juga telah terbukti menghasilkan respon secara fizikal. Jadi, pertimbangkanlah psikologi warna semasa anda merancang skema warna untuk mana-mana ruang di dalam rumah anda. Maklumat ini mungkin ia dapat membantu anda memperoleh mood yang diingini.


BIRU, warna langit dan lautan, terkenal sebagai "warna kegemaran". Biru mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung, dan komited. Ia sangat popular untuk bilik tidur, dan selalu digunakan untuk dekorasi pejabat. Banyak bilik tidur berwarna biru kerana warnanya tenang dan nyaman. Biru juga menggambarkan keamanan, kesejahteraan, dan selamat. Apa yang menarik untuk catatan anda, secara global warna biru ialah warna yang paling selamat digunakan. Biru mudah untuk dipadankan dengan banyak warna, dan sebab itulah skema warna biru selalu dipilih. Biru juga dikenali sebagai warna 'bersih'. Jadi ia sangat sesuai untuk bilik air dan ruang mencuci pakaian. Tetapi, penggunaan biru untuk bahagian dapur agak kurang berkesan.


KUNING menyerlahkan suasana tawa riang, kegembiraan, dan hari-hari indah. Seseorang yang dikelilingi warna kuning akan merasa lebih optimis. Tetapi berhati-hatilah dengan warna ini, jika tonanya keterlaluan. Kerana kuning lebih terserlah berbanding warna lain di sekelilingnya. Ia lebih mudah menyebabkan keletihan mata berbanding warna-warna lain. Kuning juga warna api dan kajian menunjukkan bayi mudah menangis di dalam bilik berwarna kuning terang.


HIJAU bermaksud semulajadi, subur, sihat dan muda. Dengan keseimbangan antara warna warna 'sejuk' dan 'hangat' (biru dan kuning), kehijauan semulajadi ini memperlihatkan rasa segar dan nyaman. Ciri semulajadi yang dimiliki juga membolehkan hijau sangat mudah dipadankan dengan warna lain. Ia selalu digunakan dalam hiasan untuk mendatangkan kesan nyaman. Hijau juga dikaitkan dengan iri hati, tuah, dan murah rezeki. Dan secara tradisi, dikenali sebagai warna keamanan.


MERAH ialah warna paling 'hangat' dan bertenaga dalam spektrum warna. Merah digunakan untuk merangsang badan dan fikiran, serta memperbaiki peredarannya. Jika anda ingin menarik perhatian seseorang, gunakanlah merah. Pastinya merah tidak sesuai untuk bilik si manja anda, tetapi sangat berkesan untuk membuat orang tertarik. Walaupun ia bukanlah pilihan untuk persekitaran yang tenang, merah kerap digunakan di ruang makan untuk merancakkan sesi borak sembang dan menambah daya tarikan di situ. Anda tidak digalakkan menggunakan merah secara keterlaluan, lebih baik dengan jumlah yang sedikit pada tempat yang sesuai. Merah juga boleh menampilkan ciri elegan dan menambah banyak karakter pada skema warna - sama ada tradisional mahu pun kontemporari.


UNGU dikatakan eksotik, kerana jarang atau luar biasa bagi warna alam semulajadi. Ia melambangkan raja, bangsawan, kerohanian, dan misteri. Ungu mengandungi keseimbangan unsur merah yang merangsang dan biru yang menenangkan. Kesan sesetengah tona ungu mungkin agak keterlaluan, tetapi penggunaan tona seperti pastel lavender untuk sebuah bilik boleh memberi rasa segar dan 'terangkat'. Dengan unsur raja dan mistik, ungu menggambarkan ciri kemewahan dan kekayaan. Warna ini juga boleh membantu minda dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, ungu turut menjadi warna kegemaran bagi kebanyakan remaja perempuan.


MERAH JAMBU dikaitkan dengan keremajaan, dan keseronokan. Merah jambu ialah warna kegembiraan, ceria, dan adakalanya seperti 'bebas daripada sebarang masalah'. Ia dibayangkan sebagai warna romatik, dan rasa kelembutan. Warna merah jampu juga ialah warna yang tepat untuk cinta.


JINGGA, yang terhampir dengan merah, ialah warna berkait rapat dengan masa seronok, suka ria dan hari-hari yang bertenaga. Ia juga dikaitkan dengan keinginan. Kebiasaannya, berbanding warna-warna lain, terdapat kesan positif dan juga negatif yang kuat pada warna jingga, di mana warna jingga asli secara umumnya akan melahirkan rasa 'sangat suka' atau 'sangat benci' pada seseorang. Warna tersebut mampu memberi kesan yang baik pada tema kontemporari, tetapi bukannya pada tema tradisional. Pemilihannya untuk ruang dapur dan ruang makan boleh mewujudkan rasa yang lebih selesa.


COKLAT menyatakan kestabilan, kebolehpercayaan, setiakawan, dan senang didekati. Coklat ialah warna bumi (tanah) dan dikaitkan dengan semua unsur semulajadi dan organik. Ia juga mampu memberi suasana nyaman dan selesa. Coklat sesuai digunakan untuk ruang-ruang yang kerap menjadi tumpuan seperti ruang tamu. Coklat juga boleh dipadankan dengan warga 'garang' atau warna 'hangat'.


HITAM adalah persepsi bagi kuasa, kekuatan, elegan, misteri, dan mewah. Ia juga warna untuk kebijaksanaan, selain menunjukkan stail dan 'tak lekang dek zaman', dan satu warna penegasan yang cantik untuk hiasan dalaman. Hitam menonjolkan ciri 'serius' yang dapat membangkitkan emosi yang kuat. Ia mudah mengganggu sekiranya terlalu banyak warna hitam. Kecerahan hasil gabungan hitam dan putih lazimnya memperlihatkan ciri sangat moden.

PUTIH, walaubagaimana pun, menzahirkan ketulenan dan kesucian. Ia adalah gabungan semua warna yang ada di dalam spektrum warna. Ia juga digunakan untuk menghasilkan kesan 'tanpa warna', atau neutral.


KELABU ialah warna bagi intelek, berpengetahuan, dan bijaksana. Ia diertikan sebagai tahan lama, klasik, dan selalu juga sebagai licin atau halus. Ia juga lebih bersifat konservatif dan membawa maksud berkuasa. Kelabu juga dianggap sebagai warna yang boleh bertolak ansur, mungkin kerana kedudukannya di antara hitam dan putih. Kelabu adalah warna neutral yang sempurna, di mana para pereka selalu menggunakannya sebagai warna bagi latar belakang. Sedikit sentuhan warna kelabu berguna untuk mendapatkan mood yang mantap, tetapi, terlalu banyak warna kelabu, hanya akan menimbulkan rasa 'kosong'.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Hobi Di Masa Lapang

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Pada hari ni saya nak bercerita sikit tentang hobi.... Saya pasti semua orang ada hobi masing-masing kan... Kalau diikutkan saya ni banyak jugak hobi diantaranya membuat coklat... Entry kali ni saya bercerita tentang membuat coklat dulu ye... Nanti next entry saya bercerita tentang hobi yang lain pulak ye... ;)

Pada bulan Mei 2010 saya dan kawan saya Sue telah mengikuti kelas membuat coklat di Wangsa Maju dengan yuran RM180.00. Itu pun mulanya saya tidak terfikir nak pergi ke kelas tu tetapi telah diajak oleh kawan saya Sue. Saya pun tanpa berfikir panjang ikut sebab rasa mesti kelas membuat coklat ini menarik dan best... Kelas bermula dari pukul 9.00 @ 10.00 pagi macam tu sehingga pukul 5.30 petang... Memang berbalai la saya rasa masa tu kerana banyak jugak perkara yang diajar oleh Kak Izan...

Ni diantara gambar coklat yang saya buat...












Hari Jumaat Yang Indah...

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Alhamdulillah kerana masih lagi diberi peluang olehNYA untuk menjalani kehidupan seperti biasa dengan tenang dan damai....

Pagi ni saya terlewat bangun kerana asyik sangat melayan mimpi hehehe... Suami saya yang kejutkan tengok jam dah pukul 6.50 pagi apa lagi terus berlari ambik tuala dan terus mandi serta mengerjakan solat... Nasib baik la baju saya dah siap gosok awal-awal kalau tak mesti lagi lambat... Syukur semua dapat dilakukan dalam masa 40 minit...

Saya tiap-tiap pagi mesti paling lewat keluar  rumah dalam pukul 7.30 pagi kerana nak menghantar anak ke rumah pengasuh dahulu dan seterusnya pergi ke tempat kerja.... Syukur jugak kerana pejabat saya dan suami satu jalan sahaja ;P ....

Pagi ni di pejabat saya ada Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yassin... Nampaknya pagi ni ada makanan tak perlu nak pergi ke cafe untuk sarapan ;) sukeee.... Di hari Jumaat yang indah ini saya nak berkongsi mengenai kelebihannya...

Kelebihan Hari Jumaat

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim)

Khamis, 4 Oktober 2012

Ummi bersama Puteri Kesayangan Isya











Majlis Hari Jadi Isya ke-2


Assalamualaikum,

Al-maklum la orang baru berkecimpung dengan aktiviti berblog ni... Asyik nak update cite-cite lama je hehehe... ada yang dah makan tahun lamanya dan ada cite yang baru berlaku dalam kehidupan seharian...

Entry saya kali ni mengenai sambutan Hari Jadi Puteri Kesayangan saya yang ke 2 tahun pada 24 Januari 2012 dan saya pada 25 Januari 2012 masa tu... Dah lama simpan gambar-gambar ni antara gambar-gambar kenangan yang diabadikan pada hari tersebut...










Puteri Kesayanganku...


















Rabu, 3 Oktober 2012

Pengalaman Mengandungkan Cahaya Mataku Nur Batrisyia

Assalamualaikum dan selamat petang...

Pada entry kali ini saya nak menceritakan pengalaman mengandungkan puteri kesayangan saya iaitu Nur Batrisyia binti Ahmad Faisal yang bermaksud Cahaya Kepintaran... "Ya Allah semoga engkau menjadikan anak ku anak yang solih kepada agama, kedua ibu bapa dan bangsa serta mempunyai kepintaran dan kebijaksanaan dalam ilmu agama dunia dan akhirat." Amin...

Pada awal kehamilan saya dan suami amat gembira kerana tidak lama lagi rumah tangga kami akan dihiasi dengan cahaya mata... Awal-awal kehamilan saya mengalami tanda-tanda seperti loya, tidak sedap badan dan pening-pening lalat... Hehehehe... Ialan kan bila hamil ni kita rasa apa yang kita buat semua tak kena... Begitu jugak la saya alami selama lebih kurang 4 bulan kehamilan... Paling saya tak tahan apabila rasa loya yang amat tapi muntah takde... Bila bercakap banyak sikit rasa macam nak muntah... Hanya Tuhan saja yang tahu keadaan yang saya alami... Masa ni selera makan memang tak berapa nak ada... Selepas kandungan berusia 4 bulan lebih keadaan tu semakin beransur hilang... Alhamdulillah syukur... Tapi masa ni selera makan makin bertambah... Hehehe... Kalau makan mesti nak dua... Sebagai contoh roti canai saya akan makan 2 keping, nasi lemak 2 bungkus dan lain-lain... Masa ni da tak ingat tentang berat badan yang semakin bertambah... Sehingga la usia kandungan mencecah 9 bulan... Ikutkan due pada 14 Januari 2010 tetapi sehingga la ke hari yang kesepuluh masih belum ada tanda-tanda hendak bersalin... Sampai orang lain pulak risau sebab tak bersalin-salin lagi... Saya pun risau jugak sebab ni adalah pengalaman yang pertama mengandung... Sehingga pada satu peringkat doktor suruh saya refer ke Hospital Putrajaya pada 23 Januari 2010... Maknanya saya kena serah diri ;)

Pada 23 Januari 2010 pagi-pagi lagi saya dan suami dah bersiap-siap untuk ke Hospital Putrajaya... Pada pagi itu saya dan suami pergi ke kedai mamak untuk bersarapan... Selepas itu saya pergi ke Hospital Putrajaya untuk mendaftar masuk... Semasa berada di Hospital Putrajaya saya perlu memantau denyutan jantung bayi di dalam kandungan serta perlu diseluk oleh doktor untuk mengetahui samada jalan sudah terbuka atau belum... Bila diingatkan semula rasa ngilu sangat sebab sakit yang amat bila doktor seluk... Pada ketika itu perasaan bercampur baur... Pada sebelah petang emak, makcik limah dan adik-adik datang melawat... Suami saya datang bawa makanan yang saya pesan... Hehehe...

Doktor panggil lagi bagi mengetahui samada ada tanda-tanda nak bersalin atau tidak... Saya cakap saya tak rasa sakit pun lagi... Doktor pun buat perkara yang sama dan memberitahu bahawa 2cm telah terbuka... Doktor kata kalau tak bersalin malam ni maybe esok akan bersalin...

Pada pukul 3.00 pagi saya terasa seperti hendak membuang air kecil tapi disebabkan saya malas nak bangun saya tahan je sehingga la saya betul-betul tak tahan n saya pun bangun masa tu pukul dalam 3.30 pagi... Saya bangun dari tido dan tiba-tiba saya rasa kain saya basah kuyup air sebanyak-banyaknya keluar... Apalagi saya pun tekan suis loceng untuk panggil nurse... Nurse pun datang n tanya Kenapa puan... Saya pun cakap nurse air keluar banyak...Nurse pun panggil doktor... Doktor kata air saya keruh skit... Takut baby dah berak... Doktor check dah buka 4cm... Saya pun kena prepare untuk pergi ke labour room... Nurse suruh call husband... Saya call husband saya bagitahu saya dah nak bersalin... Dalam hati saya bercampur palbagai rasa (gembira, takut, berdebar dan macam-macam lagi)... Tak sabar nak tengok wajah puteri pertama saya lahir ke dunia... Dalam hati saya memanjatkan doa supaya semuanya berjalan lancar...

Di labour room saya dah rasa sakit setiap lima minit masa tu dalam pukul 4.30 pagi... Hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa sakitnya sehingga air mata saya sekali bergenang untuk menahan sakit... Husband menemani saya di labour room sambil memberi sokongan... Saya sakit dalam 5 jam... Lepas tu saya cakap kat doktor saya dah tak tahan sakit dan bersedia untuk bersalin... Doktor pun check dah buka 8cm... Doktor kata dah boleh teran... Semasa proses nak bersalin tu hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa sakit dan sakit ;( sangat-sangat... Dalam pukul 9.30pagi saya selamat melahirkan seorang baby girl yang tomeii berat 3.52 kg secara vakum... ;)Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kerana semuanya selamat...

Setelah melihat wajah baby semua rasa sakit hilang ;)...

***Inilah wajah baby girl saya selepas beberapa jam dilahirkan...










Majlis Perkahwinanku Pada 4.4.2009

Assalamualaikum dan selamat petang...

Pada entry kali ni saya nak update cerita mengenai Majlis Perkahwinan saya yang berlangsung pada 4 April 2009 di Gombak, Kuala Lumpur... Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi majlis berlansung dengan lancar walaupun hujan turun lebat membasahi bumi pada tengahari majlis berlangsung...

Tema warna dan reka bentuk pelamin adalah 'gold' pilihan daripada emak tersayang... Saya sebagai anak sedaya upaya mengikut impian dan kehendak emak dan ayah tersayang...

Ini adalah di antara gambar-gambar kenangan yang sempat diambil semasa majlis berlangsung...